KONSEP ASAS DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT
Masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia” yang
berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif
dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama (roucek&wareren (1979)
KONSEP ETNIK DAN RAS
Etnik
– kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti
adat resam, pakaian, Bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
Etnisiti
– rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa
disatukan, dengan sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme
– kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya
dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
PERASAAN & PEMIKIRAN
PREJUDIS
= Pandangan negatif mengenai ahli / kelompok etnik lain
= lazimnya tidak berasakan
maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan
Secara terbuka
= apabila prejudis
disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
STEREOTAIP
= Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
= gambaran berlebih
lebihan tentang perlakuan baik/buruk sesuatu kumpulan
DISKRIMINASI
= Perbuatan membandingkan bezakan seseorang individu atau sesuatu
Kelompok etnik
lain berasakan ciri-ciri etnik semata-mata.
= manifestasi
prasangka yang wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan
Mudah berlaku
apabila wujud prejudis& stereotaip dlm sesebuah
Masyarakat.
dicatat oleh: Nurul Haziqah abd Karim
0 comments: