Saturday, June 18, 2016

PROJEK : MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN PELAJAR UNIVERSITI

Posted by asy  |  at  10:42 AM

1.0         1.0      PENDAHULUAN
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masalah kewangan merupakan salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar.  Oleh hal yang demikian, berkenaan dengan projek yang dijalankan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar.  Oleh itu, tajuk projek ini adalah ‘menambah pendapatan sara hidup di universiti’. Tugasan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar terutama dengan meniaga kecil-kecilan.  Oleh hal demikian, tugasan ini sikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya dalam pembelajaran. Projek ini juga terdiri daripada lima orang ahli kumpulan.  Selain itu, projek ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong dan ingat mengigati.  Hal ini kerana projek berkumpulan.    Antara jenis perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan iaitu meniaga kerepek ubi masin.  Peniagaan ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pembeli. 
Projek ini dijalankan pada 24 April 2016 hingga 27 Mei 2016.  Antara lokasi utama tugasan ini iaitu di Kolej kediaman pelajar iaitu Kolej Baiduri 1 dan Kolej Baiduri 2.  Setiap ahli kumpulan dipecahkan kepada tugas-tugas tersendiri sebagai contoh membeli stok, membeli keperluan perniagaan seperti plastik, membungkus, menjual dan mencatat pendapatan setiap hari.  Secara tidak langsung projek ini dapat berjalankan dengan baik dengan adanya kerjasama setiap ahli kumpulan.  Antara salah satu objektif utama projek ini adalah untuk menampung keperluan kewangan pelajar terutamanya dalam pembelajaran.  Oleh itu, dengan adanya projek ini dapat menyelesaikan sikit sebanyak masalah kewangan yang dihadapi oleh kami.  Diharapkan projek ini dapat diteruskan pada sem berikutnya.


2.0     PENYATAAN MASALAH
           Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi kewangan antaranya,

i.                    Pelajar sering kekurangan kewangan akibat perlu membeli pelbagai barangan belajar seperti alat tulis, buku dan sebagainya.
ii.                  Pelajar tidak dapat menampung perbelanjaan akibat kos sara hidup yang tinggi untuk membeli makanan dan sesekali perlu mengikat perut.
iii.                Sumber kewangan yang diperoleh samada daripada pinjaman pelajaran mahupun daripada ibu bapa tidak mencukupi dan para pelajar perlu mencari inisiatif sendiri untuk menambahkan kewangan mereka.
iv.                Kesedaran pelajar terhadap pentingnya ilmu perniagaan dalam diri agar dapat menanmpung kos sara hidup di universiti.
v.                  Memberi pengalaman kepada pelajar agar berdikari memcari sumber kewangan sendiri samada semasa berlajar mahupun bekerja kelak.


1.0           3.0    TRATEGI MASALAH
          Aktiviti Jualan Makanan Ringan (Kerepek Ubi)
      A) MENDAPATKAN MODAL DENGAN CARA PERKONGSIAN WANG DENGAN                 AHLI KUMPULAN
     Keperluan modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah penting. Modal diperlukan bagi membiayai barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti jualan. Ini merupakan cara untuk kami mendapatkan modal sebelum memulakan perniagaan. Modal yang diperlukan ini adalah untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti jualan kerepek kami. Antara barang yang diperlukan ialah bungkusan plastik, dan kerepek ubi.

     B) MENJUAL DITINGKAT ARAS BAWAH KOLEJ
    Hal ini kerana ia merupakan laluan utama pelajar untuk ke kolej/fakulti. Jadi, semua pelajar akan menyedari aktiviti jualan kerepek kami. Selain itu, kami turut menjual dengan harga yang berpatutan yang mampu dibeli oleh pelajar.


4.0     MAKLUM BALAS RESPONDEN
      Berdasarkan projek yang telah dijalankan, terdapat maklum balas responden yang dapat diberikan. Maklum balas responden dipilih secara rawak berdasarkan pembeli makanan ringan yang dijual oleh pihak kami. Kami telah memilih dua orang responden untuk memberi maklum balas terhadap makanan ringan yang kami sediakan.
i.                   

           harga kerepek ini murah hanya RM 2.00 sahaja, saya harap kerepek ini dapat dijual setiap hari” – Nurul Hidayah Bt Md Saad




ii.                 

               “ lokasi dijual adalah strategik dan mudaha didapati oleh pelajar”-Nur Dhiyana Bt NorHisham


5.0     PERBINCANGAN
Sepanjang projek ini dijalankan, aspek yang berjaya dicapai adalah kepuasan hati pembeli (respondent) yang telah membeli produk ini. Selain itu, projek ini juga telah mengembalikan keuntungan kepada penjual. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kerugian kerana beberapa peket kerepek yang diletakkan ditempat jualan tersebut hilang.
Dengan bermodalkan wang pendahuluan sebanyak RM 60.00, peniaga telah membeli kerepek ubi yang berharga RM 40.00 seberat 15 kilogram (1bundle) dan wang selebihnya sebanyak RM 20.00 dengan membeli plastik pembungkus dan sebagainya.
Daripada 15 kilogram kerepek tersebut, pelajar telah menjadikannya menjadi 70 bungkusan kecil yang dijual dengan harga serendah RM 2.00 sepeket. Sepanjang projek ini dijalankan, pelajar telah mengeluarkan modal sebanyak dua kali iaitu RM 60.00 x 2 = RM 120.00. Walau bagaimanapun, terdapat kerugian sebanyak RM 6.00 bersamaan dengan 3 peket kerepek. Jumlah keseluruhan iaitu RM 280.00 – RM 6.00 = RM 274.00.
Seterusnya, pulangan yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM 274.00. Hasil tersebut kemudiannya dibahagikan kepada 5 orang penjual iaitu RM 274.00 ÷ 5 orang = RM 42.80 seorang. Seorang penjual akan mendapat untung bersih sebanyak RM 42.80. (Rujuk jadual 1). Dengan keuntungan yang diperoleh, sekali gus dapat menampung perbelanjaan bagi pelajar di universiti dan meringankan beban ibu dan bapa.
Dalam perbincangan ini, kami membincangkan mengenai keuntungan dan kerugian kami dalam menjalankan aktiviti perniagaan.


Jadual 5.0 : Pengiraan Keuntungan dan Kerugian Projek
MODUL
=RM 60.00
1 BUNDLE KEREPEK UBI = RM40.00 (15KG)
                                          = 70 BUNGKUS
BARANG YANG DIPERLUKAN
-Plastik Bungkusan = Rm 20.00
-Kerepek Ubi = RM 40.00
70 BUNGKUS x RM 2.00 = RM140.00
 RM 140 x 2                        = RM280.00                                         

KERUGIAN

RM140 – 3BUNGKUS        = RM 137.00

                                              = RM 137.00 x 2
                                              = RM 274

3 BUNGKUS x RM 2.00      = RM 6.00


PULANGAN
= RM 274 – RM 60.00(MODAL)
= RM 214.00

= RM 214 / 5 ORANG
= RM 42.80 SEORANG




6.0     CADANGAN
Cadangan yang dikemukakan adalah untuk memajukan lagi  projek yang telah dijalankan. Selain itu, cadangan ini dikemukakan kerana perniagaan kecil-kecilan ini juga boleh dijadikan sebagai peluang untuk jangka masa yang panjang bagi membantu para pelajar meringankan beban ibu dan bapa dalam perbelanjaan seharian.

6.1       CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PROJEK

i)                    Menerapkan Perniagaan Bercirikan Al-Quran Dan As-Sunnah
Dalam menjalankan sebarang perniagaan tidak mengira besar ataupun secara kecil-kecilan, peniaga perlulah menerapkan perniagaan dengan bercirikan al-Quran dan as-sunnah. Sebagai contoh, mengelakkan riba dan mengelakkan dalam pengurangan timbangan. Sesungguhnya Rasullah s.a.w bersabda:
9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan”.-(Riwayat Tarmizi)
ii)                  Jadual
Menyediakan jadual secara sistematik bagi memudahkan urusan merekod stok. Selain itu, jadual tersebut hendaklah disediakan ruangan yang mencukupi bagi merekod keluar dan masuk bagi keutungan/kerugian.
iii)                Pengiklanan
Bagi memajukan lagi perniagaan ini, pengusaha perlulah mengiklankan produk jualannya. Sebagai contoh menampalkan poster bagi produk tersebut di setiap tempat yang dibenarkan bagi tujuan memperkenalkan kepada pembeli.
iv)                Promosi
Mengadakan promosi bagi produk yang dijual dengan cara menurunkan harga jualan pada tarikh-tarikh yang terpilih. Selain itu, mempromosikan dengan pembelian 3 unit kerepek dengan harga pembelian 2 unit kerepek.


6.2       CADANGAN-CADANGAN LAIN
Dalam perniagaan kerepek ini juga, penjual perlulah mempelbagaikan jenis kerepek sebagai contoh menjual kerepek pisang, kerepek sukun, kerepek gandum dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelanggan tdiak akan berasa jemu dengan produk yang dijual kerana didatangkan dalam pelbagai jenis. Selain itu, bagi menarik minat pembeli, peniaga juga mestilah mengambil kira tentang plastik pembungkusan dengan membuat plastik tersebut dengan warna-warna dan ilustrasi yang menarik. Plastik pembungkus juga merupakan faktor yang dapat menarik minat pembeli untuk membeli sesuatu produk.


7.0     PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan projek yang telah dijalankan, kami berlajar untuk menampung perbelanjaan dan mencari wang saku di universiti. Nilai yang dapat diterapkan semasa projek ini berlangsung ialah nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Nilai kerjasama itu dapat dilihat semasa proses pembungkusan makanan ringan (kerepek ubi) dijalankan sehinggalah proses jual beli. Selain itu, kami saling bergilir-gilir waktu meletakkan makanan ringan tersebut di tempat jualan dan bergilir-gilir memungut hasil jualan tersebut. Oleh itu, nilai kerjasama yang kami terapkan itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Di samping itu, kami berlajar untuk mencari wang perbelanjaan dengan cara yang halal. Kami berkongsi modal untuk membeli stok pada setiap minggu dan kami bersaing secara sihat dengan peniaga-peniaga yang lain. Oleh itu, dengan usaha yang kami jalankan selama dua bulan dapat diteruskan sehingga tamat semester ini dan dapat menambah wang saku untuk keperluan kami di universiti. 

Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Powered by Blogger.