Pengertian
ummah merujuk kepada masyarakat atau manusia. Dalam konteks islam pula, ummah
merupakan suatu kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di kota Madinah pada zaman
beliau menjadi rasul. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al Quran di mana umat-umat
yang disebut ermasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi
Muhammad saw. Di Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam (Yahudi
dan Nasrani) Konsep ummah pula adalah masyarakat yang mematuhi undang-undang
negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah. Begitu juga di Malaysia yang
menggunakan konsep ummah kerana hidup dalam masysrakat yang majmuk.
Konsep
ummah termasuklah pengenalan kepada piagam madinah. Di sebabkan penduduk di Madinah
pada ketika itu berbilang bangsa, maka termaktub sebuah peraturan iaitu piagam
madiah yang merupakan peraturan di negara itu supaya menjaga kestabilan
masysrakat dan keamanan negara. Begitu juga di Malaysia, menggunakan konsep
ummah yang sama iaitu dengan menubuhkan pelembagaan negara kerana di negara ini
juga terdiri daripada pelbagai suku masyarakat. Perlembagaan Malaysia juga
menjadikan piagammadinah sebagai contoh kerana mempunyai persamaan. Sebagai
contoh, bagi memelihara hak-hak dan dapat menyatukan masyarakat.
Konsep
ummah yang boleh diterapkan dalam konteks masyarakat di Malaysia termasuklah mempersaudarakan
dan menyatukan kaum muhajirin dan ansar. Mereka berpindah dari Makkah ke
Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w telah
menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak
merasakan adanya perbezaan diantara golongan muhajirin dan ansar. Begitu juga
di Malaysia yang menerima kedatangan penduduk Rohingya yang merupakan
masyarakat Islam dari negara Myanmar yang telah ditindas dan tidak diterima
kerakyatan di negara mereka sendiri.
Kesimpulannya,
konsep ummah memberikan banyak kesan positif terhadap ekonomi, sosial dan
politik. Selain itu, ia juga dapat menjadikan masyarakat yang tidak
mementingkan diri sendiri kerana sudah terikat dengan peraturan iaitu
perlembagaan malaysia jika di negara ini. Selain itu, konsep ummah juga dapat
membantu semua golongan terutamanya golongan islam.
0 comments: