Asimilasi
merupakan suatu proses pencantuman dan penyatuan diantara etnik yang berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan budaya dan identiti yang sama. Dimana
sesuatu kumpulan menyebabkan berlakunya penghapusan dan akan melupakan
kebudayaan dan identiti masing-masing. Sebagai contoh, kaum baba dan nyonya di
Melaka. Terdapat pelbagai faktor pendorong dan penghalang dalam proses
asimilasi ini.
Antara
faktornya termasuklah toleransi. Toleransi telah menggerakkan asimilasi kerana
sesuatu kumpulan perlulah ada sifat toleransi. Hal ini demikian kerana, pergaulan
adan perhubungan dalam pelbagia keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan pegangan
ini merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas
untuk memelihara hubungan tersebut. Sebagai contoh, apabila wujud interaksi dan
persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya
ini, ia akan timbul sikap menghargai orang asing.
Seterusnya,
persamaan unsur kebudayaan juga turut menjadi faktor pendorong asimilasi. Budaya
juga bloeh diertikan sebagai cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat. Sebagai
contoh, kerajaan telah menerapkan budaya yang sama seperti menyatupadukan
penduduk yang berbilang etnik yang mempunyai budaya yang berlainan dibawah satu
satu bentuk budaya sahaja iaitu melalui identiti nasional yang khusus dan perlu
diikuti oleh semua kelompok. Hal ini dapat membawa proses asimilasi kerana
masyarakat mempunyai identiti nasional yang selaras.
Perkahwinan
juga merupakan faktor asimilasi. Perkahwianan daripada dua kaum yang berbeza mendekatkan hubungan antara dua pihak,
bahkan antara kaum. Sebagai contoh perkahwinan antara pasangan yang berbeza
kaum seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india. Generasi
yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran
terbuka terhadap budaya lain.
Faktor penghalang bagi proses asimilasi termasuklah kelainan
fizikal. Perbezaan fizikal seperti tinggi badan, warna kulit dan rambut juga
menjadi penghalangnya. Sebagai contoh, rata-rata orang Melayu berkulit sawo matang atau coklat
kemerah-merahan dan orang cina mempunyai warna kulit lebih putih daripafda kaum
melayu. Hal ini tidak dapat dipisahkan lagi kerana pada zaman dahulu penjajah
telah mengasingkan setiap kaum dengan membezakannya dari segi warna kulit
selain pengkhususan ekonomi dan pengasingan tempat tinggal akan mengurangkan
peluang perhubungan antara etnik
Seterusnya, kelompok minoriti yang terasing.
Kebiasaannya golongan minoriti tidak menerima asimilasi kerana takut
dipinggirkan, diabaikan dan tidak diberikan hak bersuara. Selain itu, mereka
juga tidak faham dengan konsep asimilasi ini takut budaya mereka terus lenyap
kerana mereka merupakan kumpulan minoriti.
Faktor penghalang asimilasi juga disebabkan oleh,
sifat negatif sesuatu kaum. Hal ini berlaku disebabkan oleh perbezaan dari segi
jenis sesuatu kaum tersebut. Sebagai contoh, etnik Rohingya merupakan etnik
yang beragama islam di Myanmar telah ditindas dan tidak diiktiraf sebagai
rakyat Negara itu. Selain itu, sifat negatif seperti wujud ras yang
mementingkan dan membezakan status semata-matajuga merupakan faktor penghalang
asimilasi.
Kesimpulannya,
jelaslah bahawa, asimilasi ini terdapat banyak faktor pendorong dan penghalang.
Walau bagaimanapun, proses asimilasi ini lebih banyak kepada nilai positif
berbanding dengan nilai negatif. Uutuk membina
sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diintegrasikan, memerlukan satu dasar yang
kukuh dan jelas. Pemahaman terhadap kehendak dan makna yang tersembunyi
disebalik konsep asmilasi itu sendiri perlu . ia juga perlu diberi perhatian
serius oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam merancang dan
melaksanakannya.
0 comments: