Bab 1: konsep asas dalam hubungan masyarakat
Assalamualaikum, syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang dalam menuntut ilmu Allah S.W.T ini. Saya Yusnani binti Yusof berasa sungguh bersemanagat untuk meneruskan dalam pembelajaran CTU 555 ini. Kalau diikutkan sem lepas, kami telah mengambil kursus CTU 551 dan kali ni upgred sedikit iaitu CTU 555. hahahaha. Jom tengok apa yang saya update kali ini.
Dalam subjek CTU 555 ini, terbahagi kepada lapan bab. Bab yang pertama adalah konsep asas dalam hubungan masyarakat. Bab ini telah diberikan penerangan secara lengkap oleh pensyarah kami iaitu Puan Mahfuzah binti Mohammed Zabidi. Sepanjang pembelajaran ini, saya telah mengenalpasti konsep-konsep yang ada dalam hubungan masyarakat terutamanya dinegara kita.
Konsep hubungan masyarakat merujuk kepada perpaduan yang bersifat plural iaitu majmuk. Hal ini perlu dititik beratkan bagi menjamin keharmonian hidup. Selain itu, bertujuan untuk menstabilkan dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik. Dalam perpaduan juga, bangsa amat memainkan peranan yang penting kerana mereka dianggap memiliki identiti, bahasa, agama, ideologi budaya dan sejarah yang sama.
Tahap hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif.
Nilai positif:
AKOMODASI (mengenali + menghormati)
- sesebuah kumpulan etnik berasa dan mempunyai perasaan hormat kepada budaya hidup etnik lain.
-tetapi masih mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup mereka tersendiri.
-sebagai contoh: etnik Melayu, etnik Iban dan lain-lain.
AKULTURASASI (peminjaman budaya)
-penerimaan suatu budaya asing dan digunapakai dalam budaya sendiri.
-sebagai contoh: makanan dan bahasa.
ASIMILASI (pencairan identiti)
-proses percantuman dan penyatun di antara dua kelompok dan membentu suatu kelompok yang baharu.
-menyebabkan penghapusan identiti seseorang itu.
-etnik yang dominan akan mendominasi unsur tersebut.
-cara hidup dan makanan mengikuti kumpulan dominan tetapi agama masih dikekalkan.
-sebagai contoh: Baba dan Nyonya dan Cina di Kelantan.
AMALGAMASI (perkahwinan campur)
-budaya dan ras telah sebati melalui perkahwinan campur
-dua kumpulan etnik yang berlainan berkahwin dam melahirkan generasi baharu
-sebagai contoh: etnik Melayu berkahwin dengan etnik India.
Nilai negatif:
PERJUDIS (berperasangka buruk)
-pandangan negatif mengenai salah satu kumpulan etnik.
-dengan tuduhan melulu tanpa mendapat berita yang sahih.
STEREOTAIP (tahap)
-merupakan suatu tuduhan negatif terhadap etnik lain.
-isu ini amat sensitif kerana di Malaysia terdiri daripada maasyarakat majmuk.
DISKRIMINASI (perlakuan)
-merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan (negatif)
-berlaku kerana mempunyai perbezaan dari ciri-ciri etnik.
-sebagai contoh: perbezaan warna kulit.
p/s: semoga semua yang membaca dapat memahami dan memanfaatkan ilmu yang saya kongsikan.
Sekian, terima kasih..........
0 comments: