Friday, April 22, 2016

REFLEKSI MINGGUAN NUR ALYANI ABD JALIL

Posted by asy  |  at  6:35 AM

Assalamualaikum. Bagi minggu ini saya akan menyampaikan refleksi mingguan yang bertajuk Sejarah Pluraliti dan Pluralistik. 

Seperti yang kita sedia maklum pluraliti ialah wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara semula jadi contohnya masyarakat Melaka. Pluraliti bercirikan raja berkuasa mutlak ke atas negeri, masyarakat yang semulajadi, sukarela mencari kehidupan dan kekayaan, kehidupan bersama ahli keluarga dan menetap di kawasan yang baru serta berinteraksi dengan masyarakat tempatan di tempat mereka sampai. Oleh itu, wujud interaksi harmoni antara penduduk kampung sehinggakan wujudnya asimilasi dalam kehidupan mereka yang sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan. Kedatangan masyarakat luar seperti Cina dan India turut mencorakkan budaya tempatan contohnya wujud kelas dalam masyarakat seperti raja, bangsawan dan rakyat bawahan.

Pluralistik ialah wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada suatu masa secara terancang dan dipaksakan oleh orang- orang tertentu yang berkepentingan contohnya wujud penjajah barat (British) yang datang ke tanah melayu. Penjajahan yang berlaku memberi kesan yang besar kepada Tanah Melayu contohnya memisahkan agama islam dari politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan pendidikan (sekularisme), menghapuskan kuasa mutlak sultan sebagai pemerintah negeri dan memperkenalkan sistem pemerintahan pusat (federal) yang ditadbir oleh Residen dan undang-undang islam yang dipakai di tanah melayu telah di hapuskan diganti dengan Common Law British. 

Kesimpulannya, titik pemisah di antara pluraliti dan masyarakat pluralistik ialah dengan ketibaan penjajah Inggeris ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Inggeris pula mengunakan 'senjata' serampang dua mata di dalam misi-misi kedatangan mereka iaitu penjajahan berbentuk Imperialisme dan Kolonialisme.

* Imperialisme
Menjajah secara fizikal Kekayaan muka bumi spt bijih timah dan emas diambil demi kepentingan ekonomi negara mereka sendiri.
* Kolonialisme
Menjajah secara fizikal & mental serta memperkenalkan sistem sosial, politik dan agama mereka kepada penduduk tempatan 

Tagged as:
About the Author

Write admin description here..

0 comments:

Powered by Blogger.