Latest Posts

Tuesday, March 29, 2016

Pengertian ummah merujuk kepada masyarakat atau manusia. Dalam konteks islam pula, ummah merupakan suatu kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w di kota Madinah pada zaman beliau menjadi rasul. Perkataan ummah disebut 40kali dalam al Quran di mana umat-umat yang disebut ermasuklah umat nabi Ibrahim a.s, nabi Isa a.s dan umat nabi Muhammad saw. Di Madinah, ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam (Yahudi dan Nasrani) Konsep ummah pula adalah masyarakat yang mematuhi undang-undang negara Islam yang termaktub dalam piagam madinah. Begitu juga di Malaysia yang menggunakan konsep ummah kerana hidup dalam masysrakat yang majmuk.    
        
Konsep ummah termasuklah pengenalan kepada piagam madinah. Di sebabkan penduduk di Madinah pada ketika itu berbilang bangsa, maka termaktub sebuah peraturan iaitu piagam madiah yang merupakan peraturan di negara itu supaya menjaga kestabilan masysrakat dan keamanan negara. Begitu juga di Malaysia, menggunakan konsep ummah yang sama iaitu dengan menubuhkan pelembagaan negara kerana di negara ini juga terdiri daripada pelbagai suku masyarakat. Perlembagaan Malaysia juga menjadikan piagammadinah sebagai contoh kerana mempunyai persamaan. Sebagai contoh, bagi memelihara hak-hak dan dapat menyatukan masyarakat.

Konsep ummah yang boleh diterapkan dalam konteks masyarakat di Malaysia termasuklah mempersaudarakan dan menyatukan kaum muhajirin dan ansar. Mereka berpindah dari Makkah ke Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w  telah menanamkan semangat persaudaraan Islam yang mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan diantara golongan muhajirin dan ansar. Begitu juga di Malaysia yang menerima kedatangan penduduk Rohingya yang merupakan masyarakat Islam dari negara Myanmar yang telah ditindas dan tidak diterima kerakyatan di negara mereka sendiri.

Kesimpulannya, konsep ummah memberikan banyak kesan positif terhadap ekonomi, sosial dan politik. Selain itu, ia juga dapat menjadikan masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri kerana sudah terikat dengan peraturan iaitu perlembagaan malaysia jika di negara ini. Selain itu, konsep ummah juga dapat membantu semua golongan terutamanya golongan islam. 

KONSEP UMMAH DALAM KONTEKS MASYARAKAT DI MALAYSIA

0 comments:

BAB 1

Assalamualaikum.....

Pada 25/03/2016 (Jumaat) merupakan kelas CTU 555...........

Macam kebiasaannya, setiap  minggu saya akan update refleksi. Refleksi ini bertujuan untuk merangkan apa yanrg telah saya pelajari semasa berada di kelas. kali ini saya akan menekankan berkaitan dengan ALAM. Apa itu ALAM??? jom baca artikel dibawah ini...

Dalam kehidupan manusia terdapat 5 alam iaitu:

>ALAM ROH: 

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(surah Al-a'raf: ayaat 172)

-manusia telah mengaku ketuhanannya iaitu Allah S.W.T.
-manusia berjanji kepada Allah S.W.T untuk hidupp didunia dengan kehendak sendiri dan tiada      paksaan.
-di alam ini juga manusia berjumpa dengan orang yang mereka akan hidup didunia. 

>ALAM RAHIM:

-alam dimana persiapan jasad untuk dimasukkan roh. 
-alam yang berada dalam kandungan ibu selama 9 bulan 9 hari 
-jika meninggal pada usia 4 bulan, jasad tersebut atidak menanggung sebarang dosa. 

>ALAM DUNIA:

-alam yang menjadi kesaksian kepada roh.
-menjadi ujian kepada diri sendiri iaitu nafsu atau pun tidak kerana turut menjadi godaan syaitan.

> ALAM KUBUR:

-alam yang menentukan sama ada manusia itu akan masuk syurga ataupun neraka.
-bagi syurga atau neraka ditentukan oleh alam dunia. 

>ALAM AKHIRAT:

-alam yang tiada penghujung iaitu alam dimana kita kekal disana.
-1 hari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun didunia.

REFLEKSI MINGGUAN by YUSNANI YUSOF

Thursday, March 24, 2016

Asimilasi merupakan suatu proses pencantuman dan penyatuan diantara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan budaya dan identiti yang sama. Dimana sesuatu kumpulan menyebabkan berlakunya penghapusan dan akan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing. Sebagai contoh, kaum baba dan nyonya di Melaka. Terdapat pelbagai faktor pendorong dan penghalang dalam proses asimilasi ini.

Antara faktornya termasuklah toleransi. Toleransi telah menggerakkan asimilasi kerana sesuatu kumpulan perlulah ada sifat toleransi. Hal ini demikian kerana, pergaulan adan perhubungan dalam pelbagia keyakinan, kepercayaan, cara hidup dan pegangan ini merupakan satu kehidupan yang kompleks dan memerlukan satu panduan asas untuk memelihara hubungan tersebut. Sebagai contoh, apabila wujud interaksi dan persefahaman yang baik dalam kalangan masyarakat beragama dan berlainan budaya ini, ia akan timbul sikap menghargai orang asing. 

Seterusnya, persamaan unsur kebudayaan juga turut menjadi faktor pendorong asimilasi. Budaya juga bloeh diertikan sebagai cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan telah menerapkan budaya yang sama seperti menyatupadukan penduduk yang berbilang etnik yang mempunyai budaya yang berlainan dibawah satu satu bentuk budaya sahaja iaitu melalui identiti nasional yang khusus dan perlu diikuti oleh semua kelompok. Hal ini dapat membawa proses asimilasi kerana masyarakat mempunyai identiti nasional yang selaras.

Perkahwinan juga merupakan faktor asimilasi. Perkahwianan daripada dua kaum yang berbeza mendekatkan hubungan antara dua pihak, bahkan antara kaum. Sebagai contoh perkahwinan antara pasangan yang berbeza kaum seperti kahwin antara melayu dengan cina, atau melayu dengan india. Generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan berfikiran terbuka terhadap budaya lain. 

Faktor penghalang bagi proses asimilasi termasuklah kelainan fizikal. Perbezaan fizikal seperti tinggi badan, warna kulit dan rambut juga menjadi penghalangnya. Sebagai contoh, rata-rata orang Melayu berkulit sawo matang atau coklat kemerah-merahan dan orang cina mempunyai warna kulit lebih putih daripafda kaum melayu. Hal ini tidak dapat dipisahkan lagi kerana pada zaman dahulu penjajah telah mengasingkan setiap kaum dengan membezakannya dari segi warna kulit selain pengkhususan ekonomi dan pengasingan tempat tinggal akan mengurangkan peluang perhubungan antara etnik

Seterusnya, kelompok minoriti yang terasing. Kebiasaannya golongan minoriti tidak menerima asimilasi kerana takut dipinggirkan, diabaikan dan tidak diberikan hak bersuara. Selain itu, mereka juga tidak faham dengan konsep asimilasi ini takut budaya mereka terus lenyap kerana mereka merupakan kumpulan minoriti.   

Faktor penghalang asimilasi juga disebabkan oleh, sifat negatif sesuatu kaum. Hal ini berlaku disebabkan oleh perbezaan dari segi jenis sesuatu kaum tersebut. Sebagai contoh, etnik Rohingya merupakan etnik yang beragama islam di Myanmar telah ditindas dan tidak diiktiraf sebagai rakyat Negara itu. Selain itu, sifat negatif seperti wujud ras yang mementingkan dan membezakan status semata-matajuga merupakan faktor penghalang asimilasi.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa, asimilasi ini terdapat banyak faktor pendorong dan penghalang. Walau bagaimanapun, proses asimilasi ini lebih banyak kepada nilai positif berbanding dengan nilai negatif. Uutuk membina sebuah masyarakat yang bersatu padu dan diintegrasikan, memerlukan satu dasar yang kukuh dan jelas. Pemahaman  terhadap kehendak dan makna yang tersembunyi disebalik konsep asmilasi itu sendiri perlu . ia juga perlu diberi perhatian serius oleh pihak yang terlibat secara langsung dalam merancang dan melaksanakannya. 

FAKTOR PENDORONG DAN PENGHALANG ASIMILASI

Bab 1: konsep asas dalam hubungan masyarakat

Assalamualaikum, syukur kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang dalam menuntut ilmu Allah S.W.T ini. Saya Yusnani binti Yusof berasa sungguh bersemanagat untuk meneruskan dalam pembelajaran CTU 555 ini. Kalau diikutkan sem lepas, kami telah mengambil kursus CTU 551 dan kali ni upgred sedikit iaitu CTU 555. hahahaha. Jom tengok apa yang saya update kali ini.

Dalam subjek CTU 555 ini, terbahagi kepada lapan bab. Bab yang pertama adalah konsep asas dalam hubungan masyarakat. Bab ini telah diberikan penerangan secara lengkap oleh pensyarah kami iaitu Puan Mahfuzah binti Mohammed Zabidi. Sepanjang pembelajaran ini, saya telah mengenalpasti konsep-konsep yang ada dalam hubungan masyarakat terutamanya dinegara kita. 

Konsep hubungan masyarakat merujuk kepada perpaduan yang bersifat plural iaitu majmuk. Hal ini perlu dititik beratkan bagi menjamin keharmonian hidup. Selain itu, bertujuan untuk menstabilkan dari pelbagai sudut ekonomi, sosial dan politik. Dalam perpaduan juga, bangsa amat memainkan peranan yang penting kerana mereka dianggap memiliki identiti, bahasa, agama, ideologi budaya dan sejarah yang sama. 

 Tahap hubungan etnik terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. 

Nilai positif: 

AKOMODASI (mengenali + menghormati)
- sesebuah kumpulan etnik berasa dan mempunyai perasaan hormat kepada budaya hidup etnik lain.
-tetapi masih mengamalkan dan mempertahankan budaya hidup mereka tersendiri.
-sebagai contoh: etnik Melayu, etnik Iban dan lain-lain. 

AKULTURASASI (peminjaman budaya) 
-penerimaan suatu budaya asing dan digunapakai dalam budaya sendiri.
-sebagai contoh: makanan dan bahasa.

ASIMILASI (pencairan identiti) 
-proses percantuman dan penyatun di antara dua kelompok dan membentu suatu kelompok yang baharu.
-menyebabkan penghapusan identiti seseorang itu.
-etnik yang dominan akan mendominasi unsur tersebut. 
-cara hidup dan makanan mengikuti kumpulan dominan tetapi agama masih dikekalkan.
-sebagai contoh: Baba dan Nyonya dan Cina di Kelantan. 

AMALGAMASI (perkahwinan campur) 
-budaya dan ras telah sebati melalui perkahwinan campur 
-dua kumpulan etnik yang berlainan berkahwin dam melahirkan generasi baharu 
-sebagai contoh: etnik Melayu berkahwin dengan etnik India.

Nilai negatif: 

PERJUDIS (berperasangka buruk)
-pandangan negatif mengenai salah satu kumpulan etnik. 
-dengan tuduhan melulu tanpa mendapat berita yang sahih.

STEREOTAIP (tahap)
-merupakan suatu tuduhan negatif terhadap etnik lain.
-isu ini amat sensitif kerana di Malaysia terdiri daripada maasyarakat majmuk.

DISKRIMINASI (perlakuan)
-merupakan pandangan, pemikiran dan kepercayaan (negatif)
-berlaku kerana mempunyai perbezaan dari ciri-ciri etnik.
-sebagai contoh: perbezaan warna kulit. 

p/s: semoga semua yang membaca dapat memahami dan memanfaatkan ilmu yang saya kongsikan. 

Sekian, terima kasih..........

Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembukaan kata refleksi tugasan dalam Malaysian history (CTU555). Saya Nurul Haziqah Binti Abd Karim sangat berbesar hati untuk menyiapkan refleksi minggu pertama sesi pembelajaran. Ini merupakan kali pertama saya menulis refleksi. Jadi, saya ada masalah sikit dalam menghasilkan refleksi ini. Namun, saya cuba yang terbaik. 
Selepas ustazah Zulaipah memberitahu kami bahawa beliau tidak dapat meneruskan pengajaran bersama kami, kami tertunggu-tunggu siapakah ustaz/ustazah yang akan mengajar kami. Pada 17 mac 2016, kami telah menerima ustazah baru iaitu ustazah Mahfuzah Mohammed Zabidi. Kali pertama beliau masuk didalam kelas, beliau telah mengingatkan kami bahawa untuk membaca doa setiap kali awal kelas sebelum memulakan pembelajaran. Ini juga kali pertama pensyarah memanggil kami dengan gelaran prof.madya. Mana tahu termakbul satu hari nanti, In Shaa Allah. Pertama kali kelas dimulakan, beliau memberi tugasan kepada kami dengan membahagikan kumpulan untuk membuat pembentangan dan tugasan. Oleh itu, beliau menyarankan kepada kami agar setiap kumpulan membuat blog agar setiap tugasan yang diberikan diisi didalam blog supaya kerja-kerja kami lebih tersusun dan dijamin tersimpan rapi. Dan ustazah juga meminta kami membuat refleksi mingguan dari setiap apa yang kami pelajari setiap minggu. Maka terhasillah refleksi ini. Sekian terima kasih.

REFLEKSI 1 (HAZIQAH)

Powered by Blogger.
back to top