• Ahlan Wasahlan
  • Refleksi Mingguan
  • Projek
  • Latest Posts

    Wednesday, June 22, 2016

    1.0 Pengenalan

    Sejarah dan asal-usul sesuatu etnik telah membuktikan bahawa segregasi etnik ini sudah berlangsung sejak sekian lama tanpa kehadiran pihak penjajah Barat. Pola segregasi ini tetap terjadi kerana atas alasan faktor amalan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan faktor agama. Ini dapat dilihat daripada pola taburan suku kaum masyarakat di Malaysia khususnya yang hidup secara berkelompok berdasarkan budaya, amalan nilai, kegiatan ekonomi dan kepercayaan yang sama di sesuatu tempat.

    Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing.

    Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Integrasi diertikan sebagai satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Identiti, budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan, tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.

    Sejak merdeka lagi, kerajaan Malaysia telah memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini. Tanpa perpaduan, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan.

    Perubahan pembangunan yang pesat di Malaysia telah mengubah sedikit senario pola taburan etnik. Dasar kerajaan yang sangat progresif ke arah meningkatkan taraf hidup dan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat, telah membantu mempercepat mengurangkan segregasi mengikut etnik secara nyata terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, perubahan mekanisme ini tidak selalunya berjalan lancar dan sentiasa ada pengaruh lain yang boleh menyeragamkan semula keadaan seperti sedia kala. Kekuatan-kekuatan dari segi aspek ekonomi, sosial dan politik boleh menjadi faktor penentu kepada pembentukan segregasi etnik moden.Kertas kerja ini memfokuskan tentang perubahan yang berlaku dari segrasi ke integrasi dalam kalangan etnik Malaysia.

    1.1 Objektif 

    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman masyarakat terhadap konsep “Dari Pengasingan ke Penyatuan” di Malaysia terutamanya dalam kalangan pelajar. Selain itu kajian ini juga menghuraikan dasar-dasar kerajaan dalam konsep segregasi dan intergrasi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia serta menganalisis penerimaan budaya di Malaysia serta impak integrasi dalam masyarakat dari segi penerimaan terhadap budaya yang berbeza.

    2.0 Sorotan

    Terdapat banyak kajian mengenai mengupas tentang isu “Dari Segregasi ke Integrasi.” Kajian ini dijalankan di beberapa tempat oleh beberapa pihak yang berbeza. Antaranya ialah Rosernberg dan Simmons (1972) seperti yang dipetik daripada Wylie et al. (1979) telah memberikan beberapa situasi untuk menjelaskan bahawa integrasi itu boleh merendahkan harga kendiri orang kulit hitam; iaitu orang kulit hitam akan mengalami lebih penghinaan sekiranya mereka bersekolah di sekolah campuran. Prestasi pelajaran orang kulit hitam lebih rendah berbanding orang kulit putih di sekolah campuran walaupun sebenarnya mereka cenderung untuk mencapai prestasi yang lebih baik di sekolah segregasi. Memasuki sekolah campuran, orang kulit hitam akan menghadapi situasi di mana nilai-nilai dan tingkah laku kaum mereka direndahkan sedangkan mereka telah menerima nilai dan tingkah laku tersebut sebagai sesuatu yang benar dan boleh dikagumi. Pengintegrasian akan menyedarkan kanak-kanak kulit hitam itu tentang status sosioekonomi keluraganya yang biasanya berada pada tahap yang rendah.

    Kajian yang dijalankan oleh Bachman (1970) juga mendapati estim kendiri kanak-kanak kulit hitam di sekolah segregasi adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak kulit putih dan juga kanak-kanak kulit hitam yang bersekolah di sekolah campuran. Beberapa kajian lain yang dijalankan oleh penyelidik seperti Harootunian (1968), Crain dan Weisman (1972) serta Hughes dan Works (1974) turut membuktikan bahawa proses segregasi tidak akan merosakkan konsep kendiri seseorang individu sebaliknya integrasi yang boleh memberi kesan buruk kepada estim kendirinya. Namun demikian ingin ditegaskan di sini, kesan integrasi dan segregasi ke atas konsep kendiri ini mungkin juga dipengaruhi oleh pembolehubah-pembolehubah yang lain. Kajian-kajian yang dijalankan oleh para penyelidik sebelum ini kurang memberi perhatian kepada aspek tersebut.

    Amir Hassan Dewi (2002) dalam Penteorian Sosiologi dan Pendidikan telah menyatakan segregasi atau pengelompokkan etnik merupakan satu keadaan yang biasa di mana-mana tempat di muka bumi. Keadaan ini bukan sahaja berlaku dalam kehidupan manusia, akan tetapi boleh berlaku secara tidak sengaja pada kehidupan lain seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Pola taburan seperti ini merupakan satu corak dan strategi hidupan secara semula jadi untuk membolehkan hidup bertahan dalam satu komuniti yang kukuh. Segregasi bermaksud pemisahan atau pengasingan kumpulan etnik dengan etnik yang lain dalam sesebuah negara sama ada disebabkan oleh kawasan kediaman, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi juga dimaksudkan sebagai hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.

    Amidah Hamim (2001) menyatakan tentang dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN ialah mencapai perpaduan nasional, pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan seimbang menerusi pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut; membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif, dan meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi. Selain itu, bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro. Dasar ini juga penting untuk mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi serta membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat. Juga mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan.

    Di samping itu, berdasarkan blog Sabree Hussin yang telah ditulis pada 11 Oktober 2009 menyatakan bahawa kepelbagaian etnik sama ada secara langsung atau tidak, memainkan peranan penting dalam hubungan etnik di Malaysia. Berdasarkan kepelbagaian inilah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan program bagi memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Antara langkah penting yang diambil ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara selepas peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan juga telah bertindak secara aktif dengan menubuhkan Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada peringkat pusat dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri pada peringkat negeri. Penubuhan majlis ini bertujuan membincangkan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia secara harmoni dan tidak menggugat kestabilan politik yang sedia ada. 

    Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai dasar termasuk Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional. Tambahanya lagi, keharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam setiap lapisan masyrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina Cina, Melayu, Arab dan India. Masjid-masjid yang dibina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, Arab dan India serta Cina.

    Berdasarkan sebuah blog yang telah ditulis oleh Tokich New Press daripada laman web wordpress.com menyatakan bahawa Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah status negara maju, seperti yang dicita-citakan dan dinyatakan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-2007). Antara program yang dapat mengeratkan hubungan etntik di Negara Malaysia adalah Program Citrawarna Malaysia, persembahan dari segi kebudayaan, tradisional dan kesenian dalam bentuk tarian dan muzik yang menarik dan penuh keunikan dianjurkan secara besar-besaran. Dalam program ini, lebih seribu peserta dari seluruh Malaysia akan menyertai persembahan untuk menjayakan program ini. Peserta-peserta yang datang dari berbilang kaum dan berlainan latar belakang, menunjukkan kesenian kebudayaan masing-masing dan mereka juga dapat mempelajari seni kebudayan kaum lain dan ini akan meningkatkan semangat perpaduan kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, melalui program Citrawarna rakyat berbilang kaum yang hadir turut boleh berkomunikasi dan mengeratkan hubungan etnik. Citrawarna juga dikenali sebagai “Colours of Malaysia”, adalah persembahan yang berfokus dalam kebudayaan dan kesenian tradisional Malaysia. Contohnya, muzik dan tarian. Persembahan itu termasuk Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain agama di Malaysia dengan pelbagai jenis kebudayaan daripada kaum yang berlainan. Persembahan ini dijalankan dengan lancar dan menarik ramai penonton dan sekaligus dapat menunjukan etnik di Malaysia kepada pelancong luar negara.

    REFLEKSI MINGGUAN OLEH AMIRUL ASYRAFF - DARI SEGREGASI KE INTEGRASI

    SLIDE BOLEH DIDAPATI DI LINK BAWAH INI:

    SLIDE CTU 555 - PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

    SLIDE BOLEH DIDAPATI DI LINK BAWAH INI:

    VIDEO PROJEK OLEH AMIRUL ASYRAFF

    Sunday, June 19, 2016

    KONSEP SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA

    Bermaksud satu usaha yang dilalkukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan dan kewujudan orang melayu dan Bumiputera terus terjamin mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    PERANAN KERAJAAN BAGI MEMASTIKAN SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA.

    POLITIK
    i.) Penyatuan politik parti melayu seperti UMNO, PAS, PKR dengan mewujudkan kerjasama untuk melibatkan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

    ii.) Memperkukuhkan Istitusi Beraja dan mempertahankan Perlembagaan

    EKONOMI 
    i.) meningkatkan pendapatan di bandar dan luar bandar
       kerajaan memperluaskan prohram berasaskan pertanian degan sokongan bantuan seperti pinjaan modal

    ii)mempertingkatkan jumlah tenaga kerja profsional orang Melayu dan Bumiputera menjangkau 40-50% melalui skim latihan dan pendidikan tinggi.

    SOSIAL
    i)menguatkan perpaduan orang melayu contoh Program Kejiranan seperti Rurun Tetangga, gotong-royong dan aktiviti keagamaan dan disertai oleh semua lapisan masyarakat.

    PENDIDIKAN 
    i) Kerajaan memastikan survival Melayu dan Bumiputera terus terjamin melalui sistem pendidikan  untuk mecapai mutu pendidikan di peringkat yang lebih tinggi.

    ii) kerajaan berhasrat untuk melahirkan lebih ramai orang melayu meceburi bidang profesional san semi profesional yang diiktiraf oleh dunia sepert doktor, jurutera, akauten, yang rata-rata hidup miskin dan kurang berpelajaran.

    REFLEKSI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTRA (BAB7)_by AINZUBAIDAH

    Saturday, June 18, 2016

    1.0         1.0      PENDAHULUAN
    Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masalah kewangan merupakan salah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh pelajar.  Oleh hal yang demikian, berkenaan dengan projek yang dijalankan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah kewangan pelajar.  Oleh itu, tajuk projek ini adalah ‘menambah pendapatan sara hidup di universiti’. Tugasan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelajar terutama dengan meniaga kecil-kecilan.  Oleh hal demikian, tugasan ini sikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh pelajar terutamanya dalam pembelajaran. Projek ini juga terdiri daripada lima orang ahli kumpulan.  Selain itu, projek ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong dan ingat mengigati.  Hal ini kerana projek berkumpulan.    Antara jenis perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan iaitu meniaga kerepek ubi masin.  Peniagaan ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pembeli. 
    Projek ini dijalankan pada 24 April 2016 hingga 27 Mei 2016.  Antara lokasi utama tugasan ini iaitu di Kolej kediaman pelajar iaitu Kolej Baiduri 1 dan Kolej Baiduri 2.  Setiap ahli kumpulan dipecahkan kepada tugas-tugas tersendiri sebagai contoh membeli stok, membeli keperluan perniagaan seperti plastik, membungkus, menjual dan mencatat pendapatan setiap hari.  Secara tidak langsung projek ini dapat berjalankan dengan baik dengan adanya kerjasama setiap ahli kumpulan.  Antara salah satu objektif utama projek ini adalah untuk menampung keperluan kewangan pelajar terutamanya dalam pembelajaran.  Oleh itu, dengan adanya projek ini dapat menyelesaikan sikit sebanyak masalah kewangan yang dihadapi oleh kami.  Diharapkan projek ini dapat diteruskan pada sem berikutnya.

    2.0     PENYATAAN MASALAH
               Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dari segi kewangan antaranya,

    i.                    Pelajar sering kekurangan kewangan akibat perlu membeli pelbagai barangan belajar seperti alat tulis, buku dan sebagainya.
    ii.                  Pelajar tidak dapat menampung perbelanjaan akibat kos sara hidup yang tinggi untuk membeli makanan dan sesekali perlu mengikat perut.
    iii.                Sumber kewangan yang diperoleh samada daripada pinjaman pelajaran mahupun daripada ibu bapa tidak mencukupi dan para pelajar perlu mencari inisiatif sendiri untuk menambahkan kewangan mereka.
    iv.                Kesedaran pelajar terhadap pentingnya ilmu perniagaan dalam diri agar dapat menanmpung kos sara hidup di universiti.
    v.                  Memberi pengalaman kepada pelajar agar berdikari memcari sumber kewangan sendiri samada semasa berlajar mahupun bekerja kelak.

    1.0           3.0    TRATEGI MASALAH
              Aktiviti Jualan Makanan Ringan (Kerepek Ubi)
          A) MENDAPATKAN MODAL DENGAN CARA PERKONGSIAN WANG DENGAN                 AHLI KUMPULAN
         Keperluan modal yang diperlukan bagi memulakan perniagaan adalah penting. Modal diperlukan bagi membiayai barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti jualan. Ini merupakan cara untuk kami mendapatkan modal sebelum memulakan perniagaan. Modal yang diperlukan ini adalah untuk membeli barang-barang yang diperlukan untuk aktiviti jualan kerepek kami. Antara barang yang diperlukan ialah bungkusan plastik, dan kerepek ubi.

         B) MENJUAL DITINGKAT ARAS BAWAH KOLEJ
        Hal ini kerana ia merupakan laluan utama pelajar untuk ke kolej/fakulti. Jadi, semua pelajar akan menyedari aktiviti jualan kerepek kami. Selain itu, kami turut menjual dengan harga yang berpatutan yang mampu dibeli oleh pelajar.

    4.0     MAKLUM BALAS RESPONDEN
          Berdasarkan projek yang telah dijalankan, terdapat maklum balas responden yang dapat diberikan. Maklum balas responden dipilih secara rawak berdasarkan pembeli makanan ringan yang dijual oleh pihak kami. Kami telah memilih dua orang responden untuk memberi maklum balas terhadap makanan ringan yang kami sediakan.
    i.                   

               harga kerepek ini murah hanya RM 2.00 sahaja, saya harap kerepek ini dapat dijual setiap hari” – Nurul Hidayah Bt Md Saad

    ii.                 

                   “ lokasi dijual adalah strategik dan mudaha didapati oleh pelajar”-Nur Dhiyana Bt NorHisham

    5.0     PERBINCANGAN
    Sepanjang projek ini dijalankan, aspek yang berjaya dicapai adalah kepuasan hati pembeli (respondent) yang telah membeli produk ini. Selain itu, projek ini juga telah mengembalikan keuntungan kepada penjual. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kerugian kerana beberapa peket kerepek yang diletakkan ditempat jualan tersebut hilang.
    Dengan bermodalkan wang pendahuluan sebanyak RM 60.00, peniaga telah membeli kerepek ubi yang berharga RM 40.00 seberat 15 kilogram (1bundle) dan wang selebihnya sebanyak RM 20.00 dengan membeli plastik pembungkus dan sebagainya.
    Daripada 15 kilogram kerepek tersebut, pelajar telah menjadikannya menjadi 70 bungkusan kecil yang dijual dengan harga serendah RM 2.00 sepeket. Sepanjang projek ini dijalankan, pelajar telah mengeluarkan modal sebanyak dua kali iaitu RM 60.00 x 2 = RM 120.00. Walau bagaimanapun, terdapat kerugian sebanyak RM 6.00 bersamaan dengan 3 peket kerepek. Jumlah keseluruhan iaitu RM 280.00 – RM 6.00 = RM 274.00.
    Seterusnya, pulangan yang dapat dikumpul adalah sebanyak RM 274.00. Hasil tersebut kemudiannya dibahagikan kepada 5 orang penjual iaitu RM 274.00 ÷ 5 orang = RM 42.80 seorang. Seorang penjual akan mendapat untung bersih sebanyak RM 42.80. (Rujuk jadual 1). Dengan keuntungan yang diperoleh, sekali gus dapat menampung perbelanjaan bagi pelajar di universiti dan meringankan beban ibu dan bapa.
    Dalam perbincangan ini, kami membincangkan mengenai keuntungan dan kerugian kami dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

    Jadual 5.0 : Pengiraan Keuntungan dan Kerugian Projek
    MODUL
    =RM 60.00
    1 BUNDLE KEREPEK UBI = RM40.00 (15KG)
                                              = 70 BUNGKUS
    BARANG YANG DIPERLUKAN
    -Plastik Bungkusan = Rm 20.00
    -Kerepek Ubi = RM 40.00
    70 BUNGKUS x RM 2.00 = RM140.00
     RM 140 x 2                        = RM280.00                                         

    KERUGIAN

    RM140 – 3BUNGKUS        = RM 137.00

                                                  = RM 137.00 x 2
                                                  = RM 274

    3 BUNGKUS x RM 2.00      = RM 6.00

    PULANGAN
    = RM 274 – RM 60.00(MODAL)
    = RM 214.00

    = RM 214 / 5 ORANG
    = RM 42.80 SEORANG

    6.0     CADANGAN
    Cadangan yang dikemukakan adalah untuk memajukan lagi  projek yang telah dijalankan. Selain itu, cadangan ini dikemukakan kerana perniagaan kecil-kecilan ini juga boleh dijadikan sebagai peluang untuk jangka masa yang panjang bagi membantu para pelajar meringankan beban ibu dan bapa dalam perbelanjaan seharian.

    6.1       CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI PROJEK

    i)                    Menerapkan Perniagaan Bercirikan Al-Quran Dan As-Sunnah
    Dalam menjalankan sebarang perniagaan tidak mengira besar ataupun secara kecil-kecilan, peniaga perlulah menerapkan perniagaan dengan bercirikan al-Quran dan as-sunnah. Sebagai contoh, mengelakkan riba dan mengelakkan dalam pengurangan timbangan. Sesungguhnya Rasullah s.a.w bersabda:
    9/10 daripada rezeki (datangnya) dari perniagaan”.-(Riwayat Tarmizi)
    ii)                  Jadual
    Menyediakan jadual secara sistematik bagi memudahkan urusan merekod stok. Selain itu, jadual tersebut hendaklah disediakan ruangan yang mencukupi bagi merekod keluar dan masuk bagi keutungan/kerugian.
    iii)                Pengiklanan
    Bagi memajukan lagi perniagaan ini, pengusaha perlulah mengiklankan produk jualannya. Sebagai contoh menampalkan poster bagi produk tersebut di setiap tempat yang dibenarkan bagi tujuan memperkenalkan kepada pembeli.
    iv)                Promosi
    Mengadakan promosi bagi produk yang dijual dengan cara menurunkan harga jualan pada tarikh-tarikh yang terpilih. Selain itu, mempromosikan dengan pembelian 3 unit kerepek dengan harga pembelian 2 unit kerepek.

    6.2       CADANGAN-CADANGAN LAIN
    Dalam perniagaan kerepek ini juga, penjual perlulah mempelbagaikan jenis kerepek sebagai contoh menjual kerepek pisang, kerepek sukun, kerepek gandum dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, pelanggan tdiak akan berasa jemu dengan produk yang dijual kerana didatangkan dalam pelbagai jenis. Selain itu, bagi menarik minat pembeli, peniaga juga mestilah mengambil kira tentang plastik pembungkusan dengan membuat plastik tersebut dengan warna-warna dan ilustrasi yang menarik. Plastik pembungkus juga merupakan faktor yang dapat menarik minat pembeli untuk membeli sesuatu produk.

    7.0     PENUTUP

    Kesimpulannya, berdasarkan projek yang telah dijalankan, kami berlajar untuk menampung perbelanjaan dan mencari wang saku di universiti. Nilai yang dapat diterapkan semasa projek ini berlangsung ialah nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Nilai kerjasama itu dapat dilihat semasa proses pembungkusan makanan ringan (kerepek ubi) dijalankan sehinggalah proses jual beli. Selain itu, kami saling bergilir-gilir waktu meletakkan makanan ringan tersebut di tempat jualan dan bergilir-gilir memungut hasil jualan tersebut. Oleh itu, nilai kerjasama yang kami terapkan itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Di samping itu, kami berlajar untuk mencari wang perbelanjaan dengan cara yang halal. Kami berkongsi modal untuk membeli stok pada setiap minggu dan kami bersaing secara sihat dengan peniaga-peniaga yang lain. Oleh itu, dengan usaha yang kami jalankan selama dua bulan dapat diteruskan sehingga tamat semester ini dan dapat menambah wang saku untuk keperluan kami di universiti. 

    PROJEK : MENJANA PENDAPATAN SAMPINGAN PELAJAR UNIVERSITI

    Monday, June 13, 2016

    TAJUK 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

    Seperti biasa,, saya akan menulis blog apa yang kami pelajari pada hari ini. Tajuk ini merupakan tajuk untuk kumpulan kami buat pembentangan di dalam kelas. Dan subtajuk yang ada di dalam ini, kami bahagi-bahagikan. Oleh itu, dibawah merupakan bahagian saya untuk pembentangan. Iaitu: 

    PARTI POLITIK DIMALAYSIA SEBELUM MERDEKA

    dicatat oleh: Nurul Haziqah karim

    REFLEKSI by Nurul Haziqah Abd Karim

    KONSEP ASAS DALAM HUBUNGAN MASYARAKAT

    Masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama (roucek&wareren (1979)

    KONSEP ETNIK DAN RAS

    Etnik – kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat    resam, pakaian, Bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
    Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan, dengan sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.
    Etnosentrisme – kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

    PERASAAN & PEMIKIRAN

    PREJUDIS = Pandangan negatif mengenai ahli / kelompok etnik lain
                       = lazimnya tidak berasakan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan
                           Secara terbuka
                      = apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.
    STEREOTAIP = Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
                             = gambaran berlebih lebihan tentang perlakuan baik/buruk sesuatu kumpulan               
    DISKRIMINASI = Perbuatan membandingkan bezakan seseorang individu atau sesuatu 
                                    Kelompok etnik lain berasakan ciri-ciri etnik semata-mata.
                                 = manifestasi prasangka yang wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan
                                    Mudah berlaku apabila wujud prejudis& stereotaip dlm sesebuah
                                    Masyarakat.

     dicatat oleh: Nurul Haziqah abd Karim

    REFLEKSI by Nurul Haziqah

    Powered by Blogger.
    back to top